Mobile Legends

Minggu Ketiga MPL MY/SG Musim Ke-3 : Icon Tumbang, Sertai Bosskurr Dan MYA Di Tangga Tercorot Liga

18/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Minggu Ketiga MPL MY/SG Musim Ke-3 : Icon Tumbang, Sertai Bosskurr Dan MYA Di Tangga Tercorot Liga

Bacaan: < 1 minit

Selepas bermula baik di minggu pertama, memenangi dua perlawanan mereka dan menduduki puncak liga, pasukan Icon kini berada bahagian bawah papan pendahulu liga kerana tewas kesemua perlawanan mereka selepas itu.

Icon berada bersama-sama dengan pasukan Bosskurr dan MYA di tangga tercorot liga. Pada minggu ketiga ini, MYA akhirnya berjaya mencuri mata pertama mereka musim ini selepas tewas 2-1 kepada pasukan Xpax X-Assins.

Di tangga teratas papan pendahulu liga pula, Evos memperoleh kekalahan pertama mereka di tangan pasukan Geek Fam. Mereka bagaimanapun masih kekal di puncak liga di ekori rapat pasukan Nara yang masih lagi bersih dari sebarang kekalahan namun kekurangan perlawanan untuk mengatasi Evos.

Pasukan-pasukan dari Malaysia perlu bekerja keras selepas ini apabila pasukan Singapura kini menguasai bahagian atas papan pendahulu liga. Sebagai negara juara bertahan, mereka harus pantas mencari jalan, memahami meta semasa permainan untuk memenangi baki perlawanan mereka. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan minggu ini dan papan pendahulu semasa liga: