Dota 2

Valve Memperkenalkan Aplikasi Sampingan DPC Untuk Pelanggan Dota Plus

2 tahun lalu

Valve Memperkenalkan Aplikasi Sampingan DPC Untuk Pelanggan Dota Plus

Para pelanggan Dota Plus oleh memuat-turun aplikasi rasmi DPC untuk Android dan iOS bermula hari ini untuk menikmati pelbagai fungsi berkaitan dengan dunia kompetitif Dota 2 secara mudah alih.

Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh mengikuti berita semasa, keputusan perlawanan, melakukan tekaan dan cabaran fantasi untuk memenangi Shard, matawang bagi Dota Plus. Kesemua info berkaitan dengan DPC akan boleh diakses menerusi aplikasi ini dengan mudah.

Menerusi cabaran fantasi pula, pengguna boleh mencipta pasukan mereka sendiri dan mengumpul mata melalui persembahan pemain tersebut di perlawanan sebenar. Walaupun aplikasi ini percuma untuk dipasang, akses kepadanya memerlukan langganan Dota Plus yang boleh dibeli dengan harga RM16.75 sebulan atau dengan diskaun sekiranya membeli langganan 6 atauu 12 bulan sekaligus.

Langganan Dota PLus boleh dilakukan di dalam klien permainan dan ia sendiri menawarkan pelbagai fungsi tersendiri yang boleh dinikmati pemain semasa bermain Dota 2.

Muat-turun:

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments