Dota 2

The International 2019 Di Shanghai Akan Bertemakan Hutan Belantara Penuh Magik

15/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

The International 2019 Di Shanghai Akan Bertemakan Hutan Belantara Penuh Magik

Bacaan: < 1 minit

Tema bagi penganjuran kejohanan Dota 2 The International 2019 kini telah diumumkan iaitu tapak peninggalan di hutan belantara penuh magik (overgrown, enchanted jungle ruins).

Perkara ini diumumkan bersama-sama dengan pengumuman bahawa pihak Valve kini membuka penyertaan bagi pereka Workshop Dota 2 untuk menghantar rekaan mereka untuk disertakan di dalam Collector’s Cache tahun ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pereka kini bebas menghantar rekaan mereka tanpa mengikut konsep yang dipilih.

Selain daripada itu, Valve juga membuka penyertaan bagi rekaan cenderahati untuk dijual pada penganjuran kejohanan itu kelak. The International 2019 akan diadakan di Mercedes Benz Arena, Shanghai, China pada bulan Ogos kelak. Ia merupakan kejohanan penutup bagi musim kompetitif Dota 2 yang menawarkan hadiah berjumlah puluhan juta ringgit.