Esukan

Pendaftaran Bagi Pemilihan Atlet Esukan Ke Sukan SEA 2019 Filipina Kini Dibuka

2 tahun lalu

Pendaftaran Bagi Pemilihan Atlet Esukan Ke Sukan SEA 2019 Filipina Kini Dibuka

Esports Malaysia selaku badan berkuasa esukan di Malaysia hari ini telah berkongsikan perincian berkaitan dengan proses pemilihan atlet tempatan untuk mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2019 Filipina yang akan berlangsung penghujung tahun ini.

Proses pemilihan ini terbahagi kepada tiga iaitu Kelayakan Negeri, Kelayakan Kebangsaan dan Khemah Latihan (Boot Camp). Proses pendaftaran bagi pusingan kelayakan ini dibuka bermula pada 15 Mac ini sehinggalah bermulanya temasya Sukan SEA pada bulan Disember kelak.

Pusingan kelayakan negeri akan diadakan secara dalam dan luar talian dan akan diuruskan oleh persatuan esukan bagi setiap negeri. Pemilihan akan diadakan bagi lima judul permainan yang telah disahkan iaitu Dota 2, Arena of Valor, Mobile Legends, Tekken 7 dan Starcraft II. Untuk menyertainya, pemain haruslah berumur 13 tahun dan keatas.

Bagi anda yang berminat untuk mewakili negara, layari laman pendaftaran bagi permainan pilihan anda sekarang.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments