Dota 2

Drodo Studios Mengumumkan Auto Chess Versi Mudah Alih Untuk Android dan iOS Tanpa Karakter Dota 2

14/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Drodo Studios Mengumumkan Auto Chess Versi Mudah Alih Untuk Android dan iOS Tanpa Karakter Dota 2

Bacaan: < 1 minit

Mod permainan arked popular Dota 2 yang dilancarkan awal tahun ini, Dota Auto Chess kini mempunyai versi mudah alih rasmi untuk platform Android dan iOS.

Pengumuman itu dilakukan oleh pembangun asal permainan tersebut iaitu Drodo Studios. Namun begitu, versi mudah alih ini tidak menyertakan sebarang karakter mahupun elemen daripada permainan Dota 2 dan mempunyai karakter tersendiri. Oleh yang demikian, versi ini juga hanya dinamakan sebagai Auto Chess sahaja tanpa Dota.

Selain daripada pembangun asal, Auto Chess ini juga dibangunkan bersama dengan penerbit permainan di China iaitu DragonNest dan ImbaTV. Pada ketika ini, ia masih lagi beluum boleh dimainkan dan hanya menerima pendaftaran minat sahaja untuk penduduk di China. Bagi pemain global pula, sebuah laman web khas akan diwjudkan tidak lama lagi untuk mereka.

ImbaTV juga bakal menganjurkan liga khas bagi versi ini dengan hadiah sebesar USD 1,500,000. Walaupun Valve sebelum ini dilaporkan berminat mengambil alih permainan ini, pembngunan versi mudah alih ini tidak melibatkan mereka. Namun begitu, terdapat khabar angin bahawa Valve telah mengenakan terma khas kepada pembangun bagi menerbitkan permainan versi mudah alih ini. Sekiranya terdapat sebarang perkembangan berkaitan perkara ini kelak, akan kami kemaskini artikel ini dengan maklumat tersebut.

Para pemain juga dilihat boleh memautkan akaun Steam mereka untuk memaut akaun Dota 2 mereka dengan versi mudah alih ini. Hadiah khas berupa candy juga diberikan sekiranya pautan tersebut dilakukan. Sekiranya pendaftaran melebihi 5 juta juga, kesemua pemain akan menerima hadiah berupa 888 candy iaitu matawang permainan.

Kemaskini 16 Mac

Pendaftaran minat untuk pemain global kini telah dibuka. Pada ketika ini, sejumlah 374,668 orang pemain telah melakukan pendaftaran minat permainan tersebut. Sekiranya anda juga berminat, daftarkan diri anda di pautan ini.