Esukan

Atlet Esukan Di Sukan SEA Filipina 2019 Akan Turut Menjalani Ujian Saringan Anti-Doping

2 tahun lalu

Atlet Esukan Di Sukan SEA Filipina 2019 Akan Turut Menjalani Ujian Saringan Anti-Doping

Esukan sudah sedia maklum akan dipertandingkan di temasya Sukan Asia Tenggara 2019 (SEA Games 2019) Filipina sebagai acara rasmi berpingat. Sebanyak 6 judul permainan akan dipertandingkan dengan 5 daripadanya telah diumumkan iaitu Dota 2, Mobile Legends, Tekken 7, Starcraft II dan Arena of Valor.

Memandangkan ia kini adalah sukan rasmi berpingat, pihak penganjur dilaporkan akan turut melibatkan atlet-atlet esukan yang akan bertanding di dalam ujian anti-doping seperti mana sukan-sukan lainnya. Perkara ini dilaporkan oleh Persatuan Esukan Indonesia (IESPA) di laman Facebook rasmi mereka.

Penggunaan dadah peningkat prestasi bukanlah sesuatu yang asing di dalam arena esukan. Semenjak populariti esukan meningkat naik, beberapa laporan penggunaan dadah jenis ini telah pun diterbitkan terutamanya bagi permainan bergenre penembak pandang pertama (FPS). Akhir tahun lalu, sebuah laporan hadir menyatakan lebih 20 orang pemain di Liga Overwatch menggunakan dadah Adderall bagi meningkatkan prestasi mereka semasa bermain.

Walaupun tiada kajian saintifik menunjukkan bahawa dadah peningkat prestasi membantu pemain esukan bermain dengan lebih baik, adalah wajar bagi penganjur membanteras penggunaanya bagi memastikan integriti dan keadilan dapat dikekalkan. Setiap perlawanan harus dipertandingkan seadil yang mungkin terutamanya ia melibatkan nama baik dan maruah negara.

Sumber : IESPA

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments