Dota 2

Vici Gaming Juara Starladder Minor – Mara Ke DreamLeague S11 Major

11/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Vici Gaming Juara Starladder Minor – Mara Ke DreamLeague S11 Major

Bacaan: < 1 minit

Slot terakhir ke kejohanan Dreamleague Season 11 menjadi milik pasuukan Vici Gaming selepas mereka menjuarai kejohanan StarLadder ImbaTV Dota 2 Minor.

Vici Gaming bertemu dengan pasukan Gambit Esports pada perlawanan akhir kejohanan. Mereka menamatkannya dengan keputusan bersih 3-0. Selain daripada slot ke DreamLeague Major, Vici Gaming turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD125,000 dan piala kejohanan.

Sementara itu, pasukan OG yang menjuarai kejohanan The International 2018 masih lagi gagal mencari rentak mereka musim ini. Selepas melangkau kejohanan Major pertama musim, mereka masih lagi gagal melayakkan diri ke mana-mana kejohanan Major.

Bagi pembahagian mata DPC kejohanan pula, Vici memperoleh 120 mata dan Gambit memperoleh 100 mata. DreamLeague S11 Major akan bermula pada minggu hadapan dan seperti biasa menawarkan hadiah sebesar USD1 juta dan 15,000 mata DPC.