Mobile Legends

Evos Mengekalkan Rentak Di Minggu Kedua MPL MY/SG Musim Ke-3

11/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Evos Mengekalkan Rentak Di Minggu Kedua MPL MY/SG Musim Ke-3

Bacaan: < 1 minit

Pasukan Evos SG kini berada di tangga teratas papan pendahulu liga selepas berjaya memenangi dua perlawanan mereka pada minggu ini, kini mengekalkan rekod 4 perlawanan tanpa kalah mereka.

Evos menewaskan pendahulu minggu lalu iaitu pasukan Icon dan pasukan tercorot liga iaitu Mysterious Assassins. Mengikut rapat pasukan Evos di puncak liga adalah pasukan Nara yang turut mengekalkan rekod kemenangan mereka dari minggu lalu. Nara kini mempunyai 8 mata selepas memperoleh kemenangan bersih 2-0 ke atas pasukan Reborn dan Bosskurr.

Sementara itu, di bahagian bawah papan pendahulu liga, pasukan Bosskurr, XPAX X-Assins dan Mysterious Assassin masih lagi mencari kemenangan pertama mereka. MYA kekal di tangga tercorot apabila gagal mencuri walau satu mata daripada pihak lawan.

Berikut adalah keputusan penuh minggu kedua musim tetap bagi Liga Profesional Mobile Legends M3 (Mobile Legends Professional League – MPL S3) MY/SG dan papan pendahulu semasa: