Valve

Valve Memberhentikan 13 Orang Pekerja Dan Sebilangan Kontraktor Termasuklah Richard Garfield

09/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Valve Memberhentikan 13 Orang Pekerja Dan Sebilangan Kontraktor Termasuklah Richard Garfield

Bacaan: < 1 minit

Beberapa hari lepas UploadVR melaporkan bahawa Valve telah memberhentikan 13 orang pekerja dan beberapa kontraktor pada bulan Februari lalu.

Menurut UploadVR majoriti daripada bilangan ini adalah pekerja daripada bahagian pembangunan realiti maya (VR) dan perkakasan di syarikat tersebut. Kini, presiden Valve, Gabe Newell telah tampil memberikan respon selepas ramai peminat menampilkan rasa resah akan berita tersebut.

Menurut Gaben, pemberhentian ini tidak akan memberikan sebarang efek kepada pembangunan perkakasan dan perisian mereka. Antara kontraktor yang disahkan telah diberhentikan termasuklah dari Three Donkeys iaitu Richard Garfield dan Skaff Elias yang terliba dengan pembangunan permainan Artifact.

Respon oleh Gabe Newell

Menurut kenyataan Richard Garfield kepada Artibuff, mereka berdua tidak terkejut akan keputusan ini terutamanya dengan pelancaran permainan Artifact yang mengecewakan. Namun begitu, mereka masih lagi yakin akan potensi permainan tersebut dan mahu melihat ia mencapai kejayaan.