Apex Legends

Respawn Umum Perancangan Banteras Penipu Di Apex Legends – Dedah Lebih 355 Ribu Pemain Telah Digantung Di Platform PC

2 tahun lalu

Respawn Umum Perancangan Banteras Penipu Di Apex Legends – Dedah Lebih 355 Ribu Pemain Telah Digantung Di Platform PC

Permainan Battle Royale Apex Legends mencipta sensasi apabila dalam masa sebulan sahaja ia dilancarkan, ia telah mampu menarik lebih 50 juta orang pemain. Walaubagaimanapun, kepopularan permainan ini turut mengundang penggodam dan penipu untuk turut sama merosakkan permainan tersebut dengan program penipuan seperti aimbot dan banyak lagi.

Sedar akan rungutan pemain tentang kebanjiran penipu di dalam permainan mereka, Respawn telah hadir dengan kenyataan berkaitan dengan usaha mereka dalam mengatasi masalah ini. Pada hantaran mingguan mereka di laman subreddit rasmi Apex Legends, Respawn mendedahkan semenjak permainan tersebut dilancarkan pada 4 Februari lalu, lebih 355 ribu pemain telah digantung pada platform PC melalui program Easy-Anti-Cheat mereka.

Menurut Respawn, mereka mengambil berat akan masalah godaman ini dan akan terus bekerja keras melawan mereka. Respawn telah berkongsikan usaha mereka pada ketika ini termasuklah bekerja dengan pakar dari dalam dan luar syarikat mereka (EA) untuk mempelajari lebih lanjut berkaitan dengan isu ini dan penyelesaiannya.

Respawn juga telah menambah besar pasukan anti penipuan mereka bagi melaburkan lebih banyak sumber ke dalamnya. Fungsi melaporkan aktiviti penipuan juga telah ditambah masuk ke dalam klien permainan di PC untuk pemain melaporkan sebarang kecurigaan dan ia akan terus disalurkan ke progam Easy-Anti-Cheat mereka.

Mengenai masalah spam ketika tempoh pemilihan karekter pula, mereka menyatakan bahawa mereka telah mempunyai strategi dan penyelesaian namun masih tidak akan mendedahkannya untuk mengelakkan spambot-spambot yang sedia ada mencari penyelesaiannya sebelum ia di implementasi sepenuhnya.

Akhir sekali, Respawn juga akan bertemu dengan AMD pada minggu hadapan bagi mencari penyelesaian akan masalah permainan ranap yang dihadapi pengguna AMD. AMD akan hadir ke studio mereka untuk sama-sama berusaha memperbaiki sebarang masalah sebelm kemaskini akan datang dilancarkan.

Sumber : Respawn (r/ApexLegends)

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments