PUBG

Geek Fam Dan Battle Arena Elites Dijemput Menyertai PUBG SEA Championship Musim 1 Di Hanoi

2 tahun lalu

Geek Fam Dan Battle Arena Elites Dijemput Menyertai PUBG SEA Championship Musim 1 Di Hanoi

Kejohanan pertama bagi musim esukan PUBG untuk tahun 2019 di Asia Tenggara, PUBG SEA Championship Season 1 – Hanoi 2019 telah pun mengumumkan senarai pasukan yang dijemput menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 16 dan 17 Mac depan bertempat di Hanoi, Vietnam. Ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD50,000. Tiga pasukan terbaik dari kejohanan ini juga akan menerima slot untuk bertanding di kejohanan FACEIT Global Summit: PUBG Classic pada bulan April yang menawarkan hadiah sebesar USD400,000.

Berikut adalah senarai pasukan jemputan PUBG SEA Championship Season 1 – Hanoi 2019:

Jemputan berdasarkan pencapaian musim lalu pada kejohanan rasmi oleh PUBG (seeded):

  • MiTH (Thailand)
  • Purple Mood (Thailand)
  • Divine Esports (Vietnam)
  • Refund Gaming (Vietnam)
  • Aerowolf Team 7 (Indonesia)

Jemputan berdasarkan pencapaian, kestabilan pasukan, scrim :

  • Amory Gaming (Thailand)
  • Tokio Striker (Thailand)
  • Rate Me Five Stars (Vietnam)
  • Vikings Gaming (Vietnam)
  • GAMEHOME Esports (Vietnam)
  • Aerowolf Team 1 (Indonesia)
  • RRQ (Indonesia)
  • ArkAngel (Philippines)
  • NCGC Vortex (Philippines)
  • Geek Fam (Malaysia)
  • Battle Arena Elites (Malaysia)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments