Esukan

EVOS Esports Terima Suntikan Dana Melebihi RM15 Juta – Akan Perluas Operasi Ke Malaysia Dan Negara Asia Lainnya

2 tahun lalu

EVOS Esports Terima Suntikan Dana Melebihi RM15 Juta – Akan Perluas Operasi Ke Malaysia Dan Negara Asia Lainnya

Organisasi esukan berpengkalan di Indonesia, EVOS Esports dilaporkan telah menamatkan siri pengumpulan dana A mereka dengan nilai USD3.8 juta (~RM15,5 juta).

Organisasi tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelabur mereka dan sekadar berkongsikan bahawa salah sebuah adalah syarikat dari Indonesia manakala sebuah lagi adalah syarikat pemodal teroka utama dari Singapura.

EVOS Esports pada ketika ini mempunyai pelbagai pasukan esukan seperti pasukan Dota 2, Mobile Legends, Point Blank dan Arena of Valor. Sebilangan daripada pasukan-pasukan ini turut berpengkalan di negara lainnya termasuklah Singapura, Thailand dan Vietnam. Dengan dana baharu yang diterima mereka ini, EVOS Esports merancang untuk memperluaskan operasi mereka ke lebih banyak negara termasuklah Malaysia, India, Filipina dan Taiwan.

Ia akan digunakan untuk menambahbaik infrastruktur mereka termasuk pusat latihan dan mengambil lebih banyak staf sokongan termasuklah ahli psikologi. Ivan Yeo, CEO EVOS berkata bahawa identiti pelabur mereka akan diumumkan dalam masa terdekat ini bersama-sama dengan beberapa pengumuman lainnya.

Sumber : The Esports Observer

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments