Vainglory

Vainglory Mengumumkan Penamatan Sistem Sunlight Dan Battle Pass

07/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Vainglory Mengumumkan Penamatan Sistem Sunlight Dan Battle Pass

Bacaan: < 1 minit

Semenjak diperkenalkan oleh Dota 2 pada tahun 2013, sistem Battle Pass kini merupakan salah satu sistem pengewangan popular permainan video masa kini seperti Fortnite, Rocket League, PUBG dan Call of Duty : Black Ops 4.

Sistem ini membolehkan pemain membeli pas, menyahkunci hadiah dengan bermain dan menyelesaikan cabaran-cabaran tertentu. Berbanding dengan sistem lootbox, pemain lebih gemar akan sistem Battle Pass kerana pemain boleh melihat hadiah yang akan diterima mereka dan menjejak kemajuan mereka semasa bermain.

Namun begitu, sistem ini nampaknya menerima kegagalan bagi permainan Vainglory apabila pembangun permainan itu mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sistem Battle Pass mereka pada musim akan datang permainan tersebut.

Menurut mereka, sistem Battle Pass yang diguna mereka dan matawangnya iaitu Sunlight tidak mencapai jangkaan pemain dan ia bukanlah sesuatu yang mereka, pembangun impikan sewaktu menciptanya. Mereka turut menyenaraikan beberapa faktor lainnya seperti tempoh masa Battle Pass yang terlalu lama, sistem matawang yang mengelirukan dan kekurangan panduan penggunaan sebagai sebab utama sistem ini ditamatkan.

Menurut pembangun Vainglory lagi, selepas sistem ini ditamatkan, mereka akan mengemaskini penawaran kedai-dalam-permainan mereka agar lebih mudah dan konsisten. mereka juga akan hadir dengan sistem baharu untuk mengantikan sistem kemajuan Battle Pass sebelum ini.