PUBG

PUBG Keluar Kenyataan Berkaitan Dengan Perubahan Peta Erangel Yang Tertiris

07/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

PUBG Keluar Kenyataan Berkaitan Dengan Perubahan Peta Erangel Yang Tertiris

Bacaan: < 1 minit

Beberapa hari lepas, sebuah gambar telah tertiris memperlihatkan perubahan pada peta asal permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds iaitu Erangel.

Pada gambar peta mini tersebut, terdapat banyak penambahan banggunan baharu di ke seluruhan peta. Selepas beberapa peta baharu dikeluarkan oleh PUBG seperti Sanhok dan Vikendi, pemain mulai merungut mengenai peta Erangel yang kekurangan loot.

Peta mini Erangel yang tertiris – Sumber

Selepas peta mini ini tertiris, ramai pemain masih lagi tidak berpuas hati memandangkan penambahan banggunan tidak memperbaiki masalah loot ini dan menambah kesukaran permainan. Oleh kerana respon ini, PUBG hari ini telah hadir dengan kenyataan rasmi memaklumkan pelan mereka tentang perubahan yang akan dilakukan pada peta tersebut.

Menurut PUBG, peta yang tertiris tersebut adalah dari ujian dalaman mereka dan ia bukanlah satu-satunya ujian yang sedang diuji mereka. Mereka mengakui bahawa kesimbangan loot adalah penting dan apa yang tertiris itu tidak memperlihatkan skop sebenar perubahan yang mahu dilakukan mereka.

PUBG berkata bahawa mereka akan mulai menguji perubahan peta Erangel tidak lama lagi dan sebarang maklum balas dari pemain akan diteliti pasukan pembangun.