Dota 2

Kejohanan Dota 2 Major Ke-4 Musim Ini Sah Akan Dianjurkan Di Disneyland Paris

2 tahun lalu

Kejohanan Dota 2 Major Ke-4 Musim Ini Sah Akan Dianjurkan Di Disneyland Paris

Selepas khabar angin berkaitan dengannya berterbangan pada awal Februari lalu, penganjuran kejohanan Dota 2 Major ke-4 musim ini sah akan diadakan di Disneyland Paris.

Mars Media mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan Disneyland Paris bagi menganjurkan kejohanan tersebut pada 4 sehingga 12 Mei depan (waktu tempatan). MDL Disneyland® Paris Major akan menjadi kejohanan major pertama untuk permainan Dota 2 dianjurkan di negara Perancis.

Pasukan-pasukan terbaik di dunia akan bertarung di Disney’s Newport Bay Club dan Disney Events Arena bagi merebut hadiah sebesar USD1 juta dan 15,000 mata DPC. Kejohanan ini juga akan menjadi kejohanan MDL pertama dianjurkan di luar daripada negara China.

Aymeric Magne, pengarah kepada Disneyland® Paris Event Group berkata bahawa mereka berbangga dapat bersatu dengan Mars Media untuk menganjurkan kejohanan ini. Mereka menjanjikan bahawa kejohanan ini akan menjadi pengalaman unik kepada semua yang terlibat. Disneyland turut berharap agar penganjuran kejohanan major ini dapat memberikan mereka peluang yang lebih besar untuk dipilih sebagai lokasi kejohanan esukan akan datang di Eropah.

Layari : MDL Disneyland Paris Major

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments