H1Z1 / Z1 Battle Royale

H1Z1 Dilancarkan Semula Sebagai Z1 Battle Royale

2 tahun lalu

H1Z1 Dilancarkan Semula Sebagai Z1 Battle Royale

Permainan yang membawakan demam Battle Royale ke arus perdana, H1Z1 telah hadir dengan kemaskini musim ke-3 membawakan pelbagai kandungan baharu dan penjenamaan semula permainan tersebut yang kini dikenali sebagai Z1 Battle Royale.

Permainan itu juga kini mempunyai pembangun baharu, NantG yang menjanjikan bahawa mereka akan membawakan permainan itu kembali ke era kegemilangan mereka iaitu era ‘King of the Kill’ dahulu. Paparan antaramuka permainan ini juga telah dikemaskini membawakan perubahan pada sistem menu, paparan depan, kill feed dan beberapa bahagian lainnya.

Pelbagai perkara lain turut dikemaskini, seperti mekanik senjata dan pertarungan, pergerakan dan animasi pemain serta menghasilkan kerja semula dunia dan persekitaran permainan. Selain daripada perubahan ini, bersempena dengan musim ke-3 permainan, pelbagai kandungan baharu telah ditambah masuk seperti sistem misi dan cabaran, fragment dan pelbagai kandungan hadiah bermusim lainnya.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments