CSGO

CSGO Menerima Kemaskini Baharu Mengurangkan Penggunaan CPU Sehingga 40%

2 tahun lalu

CSGO Menerima Kemaskini Baharu Mengurangkan Penggunaan CPU Sehingga 40%

Pembangun permainan Counter Strike : Global Offensive hari ini telah memperkenalkan sebuah kemaskini grafik baharu yang mampu mengurangkan penggunaan memori CPU sehingga 40%.

Kemaskini grafik ini bagaimanapun perlu ditambah masuk secara manual memandangkan ia masih lagi diuji dan pihak pembangun masih mencari maklum balas dari pemain. Untuk mengaktifkannya, pemain perlu menambah “-d3d9ex” pada tetapan pilihan pelancar klien permainan.

Selain daripada itu, kemaskini ini juga membawakan tetapan komunikasi baharu dimana pemain kini boleh membisukan pihak lawan mahupun pemain-bukan-kawan lainnya. Pemain juga boleh mengaktifkan tetapan untuk membersihkan nama pemain dan gambar profil mereka. Pilihan ini adalah bagi membolehkan sebarang gambar dan nama yang tidak sopan ditapis keluar daripada dipaparkan. Ini adalah penting terutamanya kepada penstrim permainan video.

Sumber Foto : Steelseries

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments