Dota 2

Mars, Hero Baharu Dota 2 Kini Boleh Dimainkan

2 tahun lalu

Mars, Hero Baharu Dota 2 Kini Boleh Dimainkan

Diumumkan pada kejohanan The International 2018 lalu, hero terbaru Dota 2, Mars kini tiba dan boleh dimainkan.

Menurut peribudaya Dota 2, Mars adalah anak pertama dari syurga dan merupakan tuhan kepada peperangan. Mars dilengkapi dengan kit berbentuk sebatang lembing dan perisai. Mars merupakan hero jenis melee di posisi carry yang boleh dijadikan sebagai pemula serangan mahupun menghilangkan upaya lawan (disabler) memandangkan ia mempunyai ketahanan yang agak tinggi.

Berikut adalah abiliti yang hadir bersama dengan Mars:

  • SPEAR OF MARS
    • Mars melemparkan lembingnya, mencederakan setiap unit musuh. Hero lawan pertama yang mengenainya akan ditolak kebelakang. Jika tolakan tersebut menyebabkan hero itu mengenai pokok, bangunan atau cenuram, mereka akan dipegun.
  • GOD’S REBUKE
    • Mars menghentak musuh beliau dengan perisainya, menolak mereka kebelakang, mencederakan mereka dengans serangan kritikal. Serangan ini adalah berjenis True Strike dan menambah kecederaan bonus dari nilai serangan asas apabila menyerang hero musuh.
  • BULWARK
    • Mars menggunakan perisainya untuk menghalang sejumlah serangan fizikal yang hadir dari hadapan dan sisi beliau.
  • ARENA OF BLOOD
    • Mars menyeru sebuah arena yang dibarisi oleh pahlawan Ash Legion yang akan menghalang serangan dan pergerakan musuh. Musuh yang berada di sisi bahagian dalam arena akan diserang oleh pahlawan tersebut menyebabkan kecederaan dan menolak mereka ke bahagian dalam arena.

Selain daripada Mars, kemaskini terbaru ini juga membawakan beberapa perubahan lain seperti kemaskini enjin Steam dan perubahan terhadap model hero, Drow Ranger.