Apex Legends

Apex Legends Raih 50 Juta Pemain Dalam Tempoh Sebulan Ia Dilancarkan

2 tahun lalu

Apex Legends Raih 50 Juta Pemain Dalam Tempoh Sebulan Ia Dilancarkan

Respawn Entertainment, pembangun di sebalik permainan battle royale Apex Legends semalam telah berkongsikan sebuah video khas meraikan pencapaian permainan tersebut meraih 50 orang juta pemain semenjak ia dilancarkan pada 4 Februari lalu.

Jumlah ini jauh mengatasi permainan Fortnite BR, sebuah lagi permainan battle royale popular yang hanya mampu meraih jumlah sama di dalam tempoh 4 bulan. Walaupun Fortnite BR pada ketika ini mempunyai lebih 200 juta pemain di kesemua platform mereka, perkembangan Apex Legends pasti mampu mengugat permainan popular itu.

Graf memperlihatkan peningkatan jumlah pemain permainan Apex Legends dan Fortnite BR oleh Round Investments

Selain daripada jumlah pemain tersebut, Apex Legends juga telah berkongsikan beberapa statistik menarik mengenai permainan mereka sejak ia dilancarkan sehingga kini seperti :

  • Lebih 158 juta efek penamat (finisher) telah digunakan.
  • 1.23 bilion skill ultimate telah diaktifkan.
  • 31 bilion ping telah diletakkan oleh pemain.
  • 170 juta pemain telah dihidupkan semula (respawn)oleh rakan mereka.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments