Mobile Legends

Icon Dan Evos Kuasai Minggu Pertama MPL MY/SG Musim Ke-3

04/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Icon Dan Evos Kuasai Minggu Pertama MPL MY/SG Musim Ke-3

Bacaan: < 1 minit

Minggu pertama bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG musim ketiga telah berlangsung pada penghujung minggu lalu. Pasukan Icon dan Evos SG menjadi pendahulu liga selepas menamatkan minggu ini dengan memenangi kedua-dua perlawanan mereka.

Pasukan Icon dari Malaysia kini mempunyai mata tertinggi di papan pendahulu liga selepas memperoleh kemenangan bersih 2-0 ke atas kedua-dua lawan mereka iaitu pasukan Geek Fam dan Mysterious Assassin. Pasukan Evos Esports SG pula menamatkan minggu ini di tangga kedua papan pendahulu liga selepas menamatkan perlawanan mereka dengan keputusan 4 kemenangan dan 1 kekalahan.

Di tangga tercorot liga adalah pasukan Mysterious Assasin yang gagal mencuri sebarang kemenangan di minggu pembukaan ini. Mereka tewas kesemua perlawanan mereka menentang pasukan Icon dan Resurgence. Dibawah adalah keputusan penuh bagi minggu pertama liga.

*Pembahagian mata :

  • 2-0, Pemenang raih 3 mata, pasukan kalah raih 0 mata.
  • 2-1, Pemenang raih 2 mata, pasukan kalah raih 1 mata.