CSGO

Astralis Benam Ence Di Perlawanan Akhir IEM Katowice Major 2019

2 tahun lalu

Astralis Benam Ence Di Perlawanan Akhir IEM Katowice Major 2019

Pasukan Astralis menafikan hasrat pasukan Ence untuk meneruskan kejutan mereka di IEM Katowice Major 2019 dengan membenam pasukan itu di perlawanan akhir kejohanan.

Kemenangan 2-0 ke atas Ence ini memberikan Astralis gelaran juara major ketiga mereka menguatkan lagi dominasi mereka pada arena kompetitif Counter Strike pada ketika ini. Astralis membuktikan mereka berada di tahap yang lebih tinggi dengan membenam Ence di kubu kuat mereka, Train dengan keputusan 16-11.

Di peta kedua iaitu Inferno, pasukan Astralis menguasai sepenuhnya perlawanan dengan mengakhirinya dengan keputusan 16-4. Astralis membawa pulang hadiah berjumlah USD500,000 sebagai juara kejohanan. Emil “Magisk” Reif juga diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments