Esukan

Syed Saddiq Sasar Tiga Pingat Emas Bagi Esukan Di Temasya Sukan SEA 2019

2 tahun lalu

Syed Saddiq Sasar Tiga Pingat Emas Bagi Esukan Di Temasya Sukan SEA 2019

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin bahawa Malaysia mampu merangkul tiga pingat bagi acara esukan di temasya Sukan Asia Tenggara 2019 di Filipina, penghujung tahun ini.

Beliau berkata bahawa Malaysia mempunyai atlet esukan bertaraf dunia dan mmapu memperoleh tiga pingat emas menerusi permainan Dota 2, Tekken 7 dan Starcraft II. Kenyataan ini dikeluarkan beliau di acara penyerahan jalur gemilang kepada atlet esukan FIFA, Muhamad Luqman Haziq Hajiman atau lebih dikenali sebagai Fenrir yang akan bertanding di kejohanan e-Piala Dunia FIFA di Singapura pada Mac ini.

Menurut Syed Saddiq lagi, Malaysia akan memanggil pemain-pemain tempatan baik yang berada di Malaysia mahupun luar negara untuk mewakili negara di temasya dwi tahunan tersebut. Sementara itu, proses kelayakan bagi acara esukan yang bakal dipertandingkan di temasya tersebut, dijangka akan berlangsung bermula pada bulan Mac ini sehingga Mei kelak.

Pihak Esports Malaysia dan persatuan-persatuan esukan di setiap negeri dijangka akan memulakan proses kelayakan ini bagi peringkat negeri masing-masing sebelum pemilihan wakil akhir negara dilakukan. Selain daripada Dota 2, Tekken 7 dan Starcraft II, tiga lagi permainan yang akan dipertandingkan di temasya sukan SEA 2019 adalah Arena of Valor (AoV), Mobile Legends Bang Bang dan NBA 2K.

Sumber gambar : Gamesbond

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments