Esukan

Saluran GINX Esports TV Kini Tersedia Di Laman Penstriman iflix

02/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Saluran GINX Esports TV Kini Tersedia Di Laman Penstriman iflix

Bacaan: < 1 minit

Saluran televisyen memfokuskan kepada kandungan esukan, GINX Esports TV didedahkan telah memeterai perjanjian bersama dengan platform penstriman popular tempatan, iflix bagi menambah masuk saluran tersebut di platform itu.

Siaran langsung saluran tersebut akan boleh dinikmati oleh pelanggan iflixVIP di 13 buah negara di Asia iaitu di Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei, Sri Lanka, Myanmar, Maldives, Kemboja, Bangladesh dan Pakistan. Beberapa kandungan atas-permintaan pula boleh dinikmati oleh kesemua pelanggan iflix termasuklah pelanggan iflixFREE.

GINX Esports TV merupakan salah satu saluran tv terawal menawarkan kandungan memfokuskan kepada esukan dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2007. Pada ketika ini, ia bersiaran di lebih 50 buah negara di seluruh dunia. Dengan kerjasama ini, saluran esukan tersebut kini boleh dinikmati oleh lebih 70 juta isi rumah di seluruh dunia.