Perincian Mengenai League of Legends SEA Tour Spring Major 2019 Didedahkan
Lebih banyak maklumat mengenai edisi terbaru SEA Tour bagi Spring Split 2019 telah didedahkan hari ini. Mulai tahun ini, siri kejohanan yang mengantikan Garena Premier League (GPL) itu bakal dikendalikan oleh FunPlus Esports, anak syarikat kepada FunPlus.
Bagi Spring Split 2019 ini, kejohanan ini akan dikenali sebagai League of Legends SEA Tour Spring Major 2019. Sebelum melayakkan diri ke Spring Major ini, setiap negara di bawah SEA Tour iaitu Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia juga akan mempunyai kejohanan National Minors tersendiri.
Kejohanan Spring Major ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD90,000. Berikut adalah pembahagian hadiah bagi kedua-dua Nationals Minor dan Spring Major:
National Minors
Pertama | USD 5,000 |
Kedua | USD 3,000 |
Ketiga | USD 1,000 |
Ketiga | USD 1,000 |
Spring Major
Pertama | USD30,000 |
Kedua | USD10,000 |
Ketiga | USD5,000 |
Ketiga | USD5,000 |
Pusingan kelayakan dalam talian (Ranked Qualifier) untuk setiap negara telah bermula dan akan berakhir pada 8 Mac ini. Seperti biasa, pemenang bagi Spring Major ini akan mewakili Asia Tenggara di kejohanan Mid Season Invitational 2019 (MSI). Sementara itu, bagi Summer Split (Summer Major) kelak, Globe Conqueror Manila dilihat bakal kembali untuk edisi kedua bagi mencari wakil Asia Tenggara ke LoL Worlds 2019.


Layari : LoL SEA Tour