Dota 2

Siri Kejohanan Dota 2 ESL National Championship Diperluaskan Ke Malaysia/Singapura, Thailand Dan Vietnam

2 tahun lalu

Siri Kejohanan Dota 2 ESL National Championship Diperluaskan Ke Malaysia/Singapura, Thailand Dan Vietnam

Penganjur kejohanan esukan popular, ESL hari ini mengumumkan bahawa siri kejohanan
ESL National Championship mereka akan diperluaskan bagi tahun 2019 melibatkan tiga rantau baharu iaitu Thailand, Vietnam dan Malaysia/Singapura.

ESL National Championship merupakan sebuah siri kejohanan Dota 2 yang diadakan bagi tujuan mengembangkan arena esukan tempatan dan ia sudah pun dianjurkan di lebih 20 buah negara di seluruh dunia. Ketiga-tiga rantau baharu ini akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD12,000 per rantau.

Sebanyak 4 pusingan kelayakan dalamt talian akan diadakan dengan dua pasukan terbaik bagi setiap pusingan melayakkan diri ke pusingan utama. Kejohanan ini akan berlangsung secara dalam talian dari April sehingga Mei manakala pusingan akhiryang melibatkan 4 pasukan terbaik akan berlangsung pada bulan Jun kelak.

Berikut adalah judual bagi pusingan kelayakan ESL National Championship:

  • Kelayakan 1: 13 Mac (Rabu)
  • Kelayakan 2: 16 Mac (Sabtu)
  • Kelayakan 3: 20 Mac (Rabu)
  • Kelayakan 4: 23 Mac (Sabtu)

Daftar : ESL National Championship

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments