League of Legends

Nike Tandatangani Perjanjian Penajaan Selama 4 Tahun Bersama Dengan LPL

01/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Nike Tandatangani Perjanjian Penajaan Selama 4 Tahun Bersama Dengan LPL

Bacaan: < 1 minit

Selepas beberapa bulan khabar angin tersebar berkaitan dengan perjanjian antara Nike dan TJ Sports, pengendali kepada Chinese League of Legends Pro League (LPL), ia kini rasmi melalui pengumuman oleh liga tersebut.

Perjanjian penajaan ini akan berlangsung selama 4 tahun sehingga tahun 2022 meliputi penajaan jersi dan kasut bagi kesemua 16 pasukan. Nike juga berharap kepakaran mereka di dalam bidang sains sukan dapat membantu program latihan liga tersebut.

Ketika perjanjian ini ditiriskan beberapa bulan lalu, beberapa pasukan dilaporkan tidak bersetuju dengannya memandangkan mereka mempunyai perjanjian tajaan pakaian tersendiri bersama dengan pihak lain. Melalui perjanjian terbaru ini, pasukan dilihat bebas mempunyai tajaan pakaian tersendiri namun ianya terhad kepada penggunaan diluar perlawanan rasmi sahaja.

Bagi sebarang perlawanan rasmi liga, pemain akan memakai pakaian tajaan Nike. Tencent selaku pemilik kepada Riot Games juga dilaporkan tidak menjangkakan sebarang masalah akan timbul berkaitan dengan penajaan pakaian ini.