CSGO

Intel Grand Slam Akan Diteruskan Ke Musim Kedua – Kekal Hadiah USD1 Juta

01/03/2019 < 1 minit bacaan

Penulis:

Intel Grand Slam Akan Diteruskan Ke Musim Kedua – Kekal Hadiah USD1 Juta

Bacaan: < 1 minit

Intel dan ESL baru-baru ini telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siri Intel Grand Slam untuk musim kedua bermula dengan kejohanan IEM Katowice Major 2019.

Seperti mana musim pertama, hadiah sebesar USD1 juta akan diberikan kepada mana-mana pasukan yang berjaya memperoleh empat gelaran juara bagi kejohanan ESL dan DreamHack Masters. Bonus bagi mana-mana pasukan yang berjaya menafikan kemenangan keempat sesebuah pasukan juga dikekalkan dengan hadiah USD100,000.

Berikut adalah senarai kejohanan yang termaktub dibawah siri ini pada ketika ini:

  • IEM Katowice Major 2019
  • IEM Sydney 2019
  • DreamHack Masters Dallas 2019
  • ESL Pro League S9
  • ESL One Colonge 2019

Pada musim lalu, bonus Intel Grand Slam ini dimenangi oleh pasukan Astralis selepas menjuarai kejohanan DreamHack Masters Marseille 2018, ESL Pro League Season 7, Intel Extreme Masters XIII – Chicago dan ESL Pro League S8.

Astralis menjuari ESL Pro League S8 – Foto : ESL