Dota 2

Lapan Syarikat Di China Cuba Memfailkan Tanda Dagang Bagi Auto Chess Termasuklah Tencent

2 tahun lalu

Lapan Syarikat Di China Cuba Memfailkan Tanda Dagang Bagi Auto Chess Termasuklah Tencent

Dota Auto Chess, mod permainan bagi permainan Dota 2 kekal popular pada ketika ini dan telah pun berjaya mencapai jumlah muat-turun sebanyak 5.1 juta dan mencapai pemain serentak melebihi 300 ribu orang. Tempoh hari, Valve dilaporkan sedang berusaha untuk mengambil-alih permainan itu.

Namun begitu, Valve bukan satu-satunya pihak yang berminat terhadap permainan ini. Ketika Dota Auto Chess mulai meningkat naik pada bulan lalu, syarikat gergasi China, Tencent telah mulai memperlihatkan minat mereka terhadap permainan itu.

Menurut laporan terkini oleh The Esports Observer, permainan DAC kini mempunyai masalah tanda dagang di China apabila 8 syarikat telah memfailkan tanda dagang bagi terma ‘自走棋’ (Auto Chess) termasuklah Netease dan Tencent yang dilaporkan memfailkan lebih kurang 8 tanda dagang berkaitan dengan terma tersebut.

Dota Auto Chess merupakan mod permainan yang dihasilkan oleh Drodo Studio pada awal tahun ini. Ia merupakan permainan strategi masa sebenar yang boleh dimainkan oleh lapan orang pemain, menentang satu sama lain. Permainan ini di inspirasikan oleh mod permainan Warcraft 3 iaitu Pokemon Defence.

Semenjak dilancarkan pada 4 Januari 2019 lalu, ia terus menjadi popular dan dimainkan oleh ramai pemain profesional pelbagai permainan termasuklah Hearthstone, League of Legends dan Overwatch. Jika Valve benar-benar berminat mengambil alih permainan ini, mereka harus bekerja pantas sebelum syarikat pihak ketiga mengambil kesempatan.

Sumber : The Esports Observer

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments