Dota 2

Secret Juarai ESL One Katowice 2019 – Zai Bawa Pulang Mercedes Benz

2 tahun lalu

Secret Juarai ESL One Katowice 2019 – Zai Bawa Pulang Mercedes Benz

Juara dua kejohanan ESL One berturut-turut. Team Secret membuktikan mereka masih berada di tahap tertinggi pada musim 2018/2019 ini dengan menjuarai sebuah lagi kejohanan iaitu ESL One Katowice 2019.

Ini merupakan kejohanan ESL One kedua yang dimenangi mereka secara berturut-turut selepas menjuarai ESL One Hamburg pada Oktober tahun lalu. Team Secret bertemu dengan pasukan Gambit pada perlawanan akhir kejohanan dan menamatkannya dengan keputusan bersih 3-0.

Sebagai juara, Team Secret membawa pulang hadiah sebesar USD125,000 dan piala kejohanan. Pemain offlane Ludwig “zai” Wåhlberg bagi pasukan Secret juga diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan. Seperti Midone di ESL One Hamburg, Zai turut menerima sebuah kereta Mercedes Benz.

Team Secret :

  • Michał ‘Nisha’ Jankowski
  • Yeik ‘MidOne’ Nai Zheng
  • Ludwig ‘Zai’ Wåhlberg
  • Yazied ‘YapzOr’ Jaradat
  • Clement ‘Puppey’ Ivanov
  • Lee ‘SunBhie’ Jeong-jae (Jurulatih)
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments