Esukan

Iskandar Investment Esports Carnival Bakal Dianjurkan Penghujung Mac Ini Dengan Hadiah Sebesar RM150,000

2 tahun lalu

Iskandar Investment Esports Carnival Bakal Dianjurkan Penghujung Mac Ini Dengan Hadiah Sebesar RM150,000

Academy of Esports Iskandar Puteri (AOES) dan Iskandar Investment bakal menganjurkan sebuah karnival esukan, Iskandar Investment Esports Carnival pada penghujung bulan Mac 2019 ini dengan hadiah keseluruhan bernilai RM150,000.

Karnival ini akan berlangsung selama dua hari dan mempertandingkan empat buah permainan popular iaitu Dota 2, CS:GO, Mobile Legends Bang Bang dan FIFA 19. Yuran penyertaan bermula dari RM20 sehingga RM100 dikenakan kepada pasukan yang berjaya mendaftar.

Karnival ini adkan berlangsung di Educity Indoor Stadium, Iskandar Puteri di Johor pada 30 dan 31 Mac ini. Bagi anda yang berminat, tempat adalah terhad dan berikut adalah pautan untuk mendaftar:

Academy of Esports Iskandar Puteri (AOES) berkata bahawa maklumat lengkap mengenai penganjuran karnival ini akan dikongsikan di dalam masa terdekat.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments