Epic Games Mendedahkan Perincian Mengenai Fortnite World Cup Dan Hadiah RM400 Juta Yang Diumumkan Tahun Lalu

Epic Games Mendedahkan Perincian Mengenai Fortnite World Cup Dan Hadiah RM400 Juta Yang Diumumkan Tahun Lalu

Pada sekitar bulan Mei tahun 2018 lalu, Epic Games telah mengumumkan bahawa telah menyediakan hadiah sebesar USD100 juta (~RM407 juta) bagi musim kompetitif 2018-2019 untuk permainan battle royale popular mereka iaitu Fortnite Battle Royale. Pada ketika itu, mereka turut mengumumkan bahawa Piala Dunia Fortnite 2019 (Fortnite World Cup) akan menjadi kejohanan pertama di bawah siri esukan itu.

Selang beberapa bulan, Epic Games kini telah berkongsikan lebih banyak perincian mengenai penganjuran Piala Dunia Fortnite dan hadiah USD100 juta itu. Piala Dunia Fortnite akan bermula dengan pusingan kelayakan terbuka yang akan berlangsung selama 10 minggu pada 13 April sehinggalah 16 Jun 2019 ini.

Setiap minggu pusingan kelayakan tersebut, hadiah sebesar USD1 juta disediakan bagi kesemua pusingan di serata dunia. Selepas tamatnya pusingan kelayakan ini, 100 pemain solo terbaik dan 50 pasangan duo terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia Fortnite di New York.

Pusingan akhir ini akan berlangsung pada 26 sehingga 28 Julai 2019 menawarkan hadiah sebesar USD30 juta! mengatasi jumlah hadiah kejohanan Dota 2 The International 2018 iaitu USD23,932,177. Setiap peserta dijamin bakal membawa pulang sekurang-kurangnya USD50 ribu dengan hanya menghadiri kejohanan itu. Juara keseluruhan pula bakal menerima hadiah berjumlah USD3 juta menjadikan mereka jutawan segera, meletakkan mereka di antara golongan teratas dengan nilai hadiah terbanyak diterima pemain esukan, yang pada ketika ini dikuasai oleh pemain Dota 2.

Baca Juga :   Epic Games Ambil Alih Psyonix, Pembangun Di Sebalik Permainan Rocket League

Walaubagaimanapun, kami di meta.my masih skeptikal dengan cara Epic Games ini membanjiri sisi kompetitif Fortnite dengan wang tunai sedangkan pada masa yang sama mereka masih menerima pelbagai kritikan mengenai cara mereka mengendalikan kejohanan-kejohanan yang dianjurkan mereka pada ketika ini.

Diharapkan Epic Games akan terus menambahbaik kekurangan mereka kerana hadiah yang ditawarkan mereka ini sudah pasti akan menarik minat ramai pihak. Dengan jutaan dolar menjadi taruhan, diharapkan penganjuran Piala Dunia Fortnite ini akan berlangsung dengan meriah memberikan pengalaman yang baik kepada pemain dan penonton.

Leave a Comment