Dota Auto Chess

Valve Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil Alih Dota Auto Chess

2 tahun lalu

Valve Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil Alih Dota Auto Chess

Akibat kepopularan mod permainan Dota 2 iaitu Dota Auto Chess pada ketika ini, Valve dilaporkan berminat untuk mengambil alih permainan itu dan menjadikannya sebagai judul permainan rasmi di bawah syarikat mereka.

Menurut VPEsports, sumber mereka menyatakan bahawa Valve sedang mencari jalan untuk mengkomersialkan Dota Auto Chess dan memberikan sokongan penuh terhadap pembangunan permainan itu.

Semenjak dilancarkan pada 4 Januari 2019 lalu, Dota Auto Chess telah berjaya menarik 4.4 juta pelanggan dan mencapai pemain serentak melebihi 300 ribu orang. Dibangunkan oleh Drodo Studio, permainan ini bukan sahaja popular dikalangan pemain Dota 2 malah berjaya menarik minat pemain dan penstrim bagi permainan lainnya seperti Hearthstone, League of Legends, CSGO dan Overwatch untuk memainkannya. Dota Auto Chess juga telah membantu menaikkan jumlah pemain serentak Dota 2 mencapai nilai tertinggi bagi tempoh dua tahun ini.

Memandangkan permainan terbaru Valve, Artifact pada ketika ini masih lagi gagal menarik minat pemain dengan hanya memperoleh pemain serentak sekitar 1000 orang setiap hari, tidak mustahil Valve berminat mengambil alih Dota Auto Chess ini terutamanya ia adalah mod permainan bagi Dota 2 yang dimiliki mereka. Valve sendiri dengan sejarah mereka sudah tidak asing lagi dengan cara mengambil alih mod permainan popular menjadikan ia permainan tersendiri yang popular.

Jika benar Valve berminat untuk mengambil alih mod permainan Dota Auto Chess ini, mereka harus pantas bekerja memandangkan ia masih popular dan telah pun menarik minat pembangun pihak ketika seperti Tencent dan pihak lainnya yang cuba untuk meniru permainan ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments