PUBG

Lebih 30,000 Akaun PUBG Lite Telah Digantung Kerana Menipu Dalam Tempoh Seminggu Ia Dilancarkan

2 tahun lalu

Lebih 30,000 Akaun PUBG Lite Telah Digantung Kerana Menipu Dalam Tempoh Seminggu Ia Dilancarkan

Pada 14 Februari lalu, PUBG Lite untuk PC telah dilancarkan di dalam bentuk ujian beta ke beberapa buah negara. Seperti mana PUBG Mobile untuk peranti mudah alih, versi ini turut dilancarkan secara percuma untuk dimainkan.

Selang seminggu ia dilancarkan, pihak pembangun permainan itu telah berkongsikan sedikit data berkaitan dengan penggunaan aplikasi penipuan di kalangan pemain. Menurut mereka, bagi tempoh 13 Februari sehingga 19 Februari lepas, sebanyak 32,597 akaun telah digantung daripada permainan itu kerana di dapati menggodam atau menggunakan aplikasi penipuan.

Di dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 6,381 peranti/pc telah digantung dengan kesalahan yang sama. Menurut PUBG, pengantungan ini adalah berstutus kekal dan mereka akan terus menghukum mana-mana pemain yang melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Untuk makluman, PUBG Lite merupakan versi khas yang diterbitkan untuk peranti PC berspesifikasi rendah. Pada ketika ini, ujian beta sedang berlangsung di 9 buah negara iaitu Bangladesh, Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Bagi anda yang berminat, PUBG Lite boleh dimuat-turun di lite.pubg.com/en/download/.

Sumber : PUBG Lite (Facebook)

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *