CSGO

Kejohanan Major CSGO Seterusnya Akan Berlangsung Di Berlin, Dianjurkan Oleh Starladder

2 tahun lalu

Kejohanan Major CSGO Seterusnya Akan Berlangsung Di Berlin, Dianjurkan Oleh Starladder

Kejohanan Major pertama bagi tahun ini untuk permainan CSGO sedang berlangsung meriah di Katowice, Poland. Lapan pasukan sudah pun melepasi pusingan Challengers dan kini sedang bersiap sedia menghadapi pusingan Legends.

Pada ketika pasukan berehat seketika sebelum bermulanya pusingan Legends pada hari Rabu ini, Valve telah menggunakan tempoh ini untuk mengumumkan edisi kejohanan Major CSGO seterusnya, Starladder Major Berlin 2019 dan juga termasuklah kejohanan Minor untuk setiap rantau.

Bandar Berlin di Jerman bakal menjadi tuan rumah kejohanan ini dengan Mercedes-Benz Arena dipilih sebagai arena pertarungannya. Ia bakal berlangsung bermula pada 20 Ogos 2019 sehingga 8 September 2019 menawarkah hadiah sebesar USD1 juta. Bagi kejohanan Minor rantau pula, keempat-empat rantau menyediakan hadiah sebesar USD50,000.

Berikut adalah jadual penuh bagi setiap pusingan kejohanan StarLadder Major Berlin 2019 (Waktu tempatan, Berlin) :

  • 17-21 Julai – Europe & Americas Minor
  • 24-28 Julai – CIS & Asia Minor
  • 29 Julai – Pusingan Play-in Minor
  • 20-25 Ogos – Pusingan Challengers
  • 27 Ogos -1 September 1 – Pusingan Legends
  • 5-8 September – Pusingan Champions