CSGO

Senarai Pasukan Yang Melepasi Pusingan Challengers Kejohanan CSGO Katowice Major 2019

2 tahun lalu

Senarai Pasukan Yang Melepasi Pusingan Challengers Kejohanan CSGO Katowice Major 2019

Pertarungan 16 pasukan di peringkat Challenggers bagi kejohanan CSGO Katowice Major 2019 telah berakhir semalam dengan 8 pasukan terbaik kini telah melayakkan diri ke pusingan seterusnya iaitu pusingan Legends.

Wakil Malaysia, Andrew ‘Kaze’ Khong bersama pasukannya Vici Gaming gagal melepasi pusingan ini selepas tewas perlawanan terakhir mereka ditangan pasukan Ninjas in Pyjamas. Persembahan mereka di kejohanan ini bagaimanapun menerima pujian ramai peminat memperlihatkan pasukan Asia juga mampu memberikan saingan kepada pasukan ternama lainnya.

Berikut adalah keputusan penuh bagi pusingan Challengers Katowice Major:

Sumber : Liquipedia

Lapan pasukan teratas di pusingan ini akan mara ke pusingan Legends untuk berhadapan dengan 8 pasukan terbaik di kejohanan Major sebelum ini. 8 pasukan kemudiannya akan mara ke pusingan terakhir iaitu pusingan Champions untuk menentukan siapakan juara kejohanan Katowice Major ini.

8 terbaik pusingan Challengers:

  • NRG Esports
  • Renegades
  • ENCE Esports
  • Team Vitality
  • Avangar
  • Ninjas in Pyjamas
  • Cloud9
  • G2 Esports

8 pasukan sedia ada dari pusingan Legends:

  • Astralis
  • Natus Vincere
  • MIBR
  • Team Liquid
  • Complexity
  • BIG
  • Hellraisers
  • FaZe Clan

Sumber Gambar : IEM (ESL)