Lebih 16,000 Akaun Apex Legends Telah Digantung Kerana Menggunakan Aplikasi Penipuan

Lebih 16,000 Akaun Apex Legends Telah Digantung Kerana Menggunakan Aplikasi Penipuan

Pembangun bagi permainan paling popular minggu lepas, Apex Legends telah memuat-naik sebuah kemaskini bagi memberikan sedikit perincian mengenai usaha di sebalik latar yang sedang dilakukan mereka bagi memperbaiki segala isu berkaitan permainan itu.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman reddit itu, mereka mendedahkan lebih 16,000 akaun telah digantung kerana menggodam atau menggunakan aplikasi penipuan semenjak permainan battle royale itu dilancarkan. Namun jumlah tersebut adalah sedikit memandangkan ia adalah permainan percuma dan telah berjaya memperoleh lebih 25 juta orang pemain dalam tempoh yang singkat ini.

Pihak Respawn menyatakan bahawa mereka memandang serius akan segala isu yang ada pada permainan itu dan akan terus berkomunikasi dengan pemain bagi mengendalikannya. Mereka akan mengadakan kemaskini (berita/info) harian mulai minggu hadapan untuk lebih telus dengan komuniti mereka dan memperbaiki sebarang masalah secepat mungkin.

Sumber : Respawn (via Reddit)

Leave a Comment