Pendaftaran Bagi Kejohanan Esukan Di Persidangan EPIC 2019 Telah Dibuka – Dota 2, PUBG Mobile, Mobile Legends Dan FIFA 19

Pendaftaran Bagi Kejohanan Esukan Di Persidangan EPIC 2019 Telah Dibuka – Dota 2, PUBG Mobile, Mobile Legends Dan FIFA 19

Lanjutan daripada berita penganjuran persidangan Esports Professional Industry Conference (EPIC 2019) oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) tempoh hari, mereka kini telah membuka pendaftaran bagi kejohanan-kejohanan esukan yang akan dipertandingkan di acara tersebut.

Sebanyak empat permainan akan dipertandingkan empat judul permainan iaitu Dota 2, PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang dan FIFA 19. Hadiah sebesar RM13,100 disedia bagi keempat-empat permainan tersebut. Pendaftaran adalah terhad dan akan ditutup pada 22 Februari ini.

Baca Juga :   Icon Dan Evos Kuasai Minggu Pertama MPL MY/SG Musim Ke-3

Esports Professional Industry Conference (EPIC) merupakan persidangan esukan yang akan memfokuskan kepada tiga bidang di dalam industri esukan iaitu ekosistem, ekonomi dan pembangunan. Ia akan dianjurkan di Hotel Casuarina di bandar Meru di Ipoh pada 2 sehingga 3 Mac kelak. DI acara tersebut, ikon esukan Perak juga akan diperkenalkan secara rasmi.

Daftar : Kejohanan Esukan EPIC 2019

Leave a Comment