Kerajaan Negeri Perak Dilihat Bakal Menganjurkan Perak Cyber Games 2019

Kerajaan Negeri Perak Dilihat Bakal Menganjurkan Perak Cyber Games 2019

Pada pengumuman mengenai pendaftaran kejohanan esukan EPIC 2019 sebentar tadi, kerajaan negeri Perak dan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dilihat bakal menganjurkan sebuah lagi acara esukan pada tahun ini iaitu Perak Cyber Games 2019.

Di dalam pengumuman itu, pemenang bagi kejohanan esukan EPIC 2019 akan menerima jemputan terus untuk menyertai Perak Cyber Games 2019. Pengumuman itu pada mulanya menyatakan bahawa Perak Cyber Games 2019 akan diadakan pada bulan Jun namun ia dibuang keluar tidak lama kemudian, berkemungkinan kerana tarikh penganjuran adalah masih terlalu awal untuk dimuktamadkan.

Baca Juga :   Hulu Akan Tayang Empat Rancangan Bertemakan Esukan Pada Musim Luruh Ini
Paparan skrin mengenai Perak Cyber Games 2019 sebelum ia dikemaskini.

Selain daripada perkara yang dinyatakan, tidak banyak perincian lain didedahkan mengenai acara tersebut pada ketika ini. Ia dilihat bakal diadakan secara menyeluruh melibatkan daerah-daerah di negeri tersebut. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai Perak Cyber Games 2019 di bulan-bulan mendatang.

Sumber : Perak Esports

Leave a Comment