Vainglory

Vainglory Untuk PC Dan Mac Dilancarkan Di Steam Di Dalam Bentuk Akses Awal

2 tahun lalu

Vainglory Untuk PC Dan Mac Dilancarkan Di Steam Di Dalam Bentuk Akses Awal

Selepas berada di dalam bentuk ujian alfa semenjak dari bulan Disember 2018, klien Vainglory untuk PC/Mac kini dilancarkan secara rasmi di platform Steam di dalam bentuk akses awal.

Pelancaran ini adalah bersempena dengan kemaskini 4.0 permainan itu yang membawakan beberapa perubahan kepada permainan itu seperti penyingkiran mod permainan kasual 3 lawan 3. Walaupun berbeza platform, pemain akan dipadankan tanpa mengira peranti kerana menurut SEMC ia hadir dengan kesetaraan kompetitif dan permainan tidak akan dipengaruhi oleh platform tetapi skill pemain itu sendiri.

Seperti mana klien asal di platform iOS dan Android, permainan Vainglory boleh dimuat-turun dan dimainkan secara percuma. Akses awal ini dijangka akan berterusan untuk tempoh beberapa bulan sebelum ia dilancarkan secara sepenuhnya. SEMC berkata bahawa mereka mahu menambahbaik permainan ini dan menyempurnakannya berdasarkan dari maklumbalas pemain. Sementara itu, SEMC turut merangcang untuk melancarkan versi konsol menjelng akhir tahun 2019 ini.

Berikut adalah spesifikasi minimum dan cadangan bagi Vainglory untuk PC/Mac:

Minimum :

  • OS: Windows 7 atau lebih baharu
  • Pemproses: Dual core (Intel) atau AMD at 2.7 GHz
  • Memori: 2 GB RAM
  • Grafik: Intel HD Graphics 4000
  • Storan HDD : 3GB

Cadangan:

  • OS: Windows 10 64 Bit
  • Pemproses: Intel i5 – 6402P (2.8 GHz) / AMD FX – 8370E (3.3 GHz)
  • Memori: 4 GB RAM
  • Grafik: AMD Radeon HD 5970 (2GB) / Nvidia GeForce GT 720 (2GB)
  • Storan HDD: 3 GB
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments