Esukan

ESL Meneruskan Perjanjian Hak Penyiaran Bersama Dengan Facebook – Kali Ini Tidak Eksklusif

2 tahun lalu

ESL Meneruskan Perjanjian Hak Penyiaran Bersama Dengan Facebook – Kali Ini Tidak Eksklusif

Perjanjian hak penyiaran diantara ESL dan Facebook Gaming bakal diteruskan sepanjang tahun ini. ESL di laman blog rasmi mereka mengumumkan bahawa mereka dan Facebook Gaming telah bersetuju meneruskan perjanjian mereka pada tahun lalu, namun tanpa hak eksklusif.

Beberapa acara Dota 2 dan CSGO yang dianjurkan oleh ESL seperti Intel Extreme Masters (IEM), ESL One dan CSGO Pro League akan disiarkan di Facebook Gaming di dalam bahasa Inggeris dan Portugis. Siaran acara-acara ini bagaimanapun bukanlah berstatus eksklusif dan akan disiarkan di platform lain terutamanya selepas siaran eksklusif pada tahun lalu menerima kritikan ramai peminat.

Tahun lalu, peminat Dota 2 dan CSGO mengkritik perjanjian siaran eksklusif antara ESL dan Facebook selepas platform itu dilihat tidak cukup bersedia untuk menjadi pusat siaran utama dengan kekurang pelbagai fungsi dan masalah. Valve sendiri dikhabarkan tidak gembira dengan jumlah penonton yang dicapai oleh acara-acara yang disiarkan di Facebook.

Dengan tamatnya hak siaran eksklusif ini, para peminat kini bebas untuk memilih siaran di platform kegemaran mereka dan tidak lagi terhad kepada Facebook sahaja.

Foto : ESL

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments