PUBG

PUBG Lite Untuk PC Sudah Boleh Dimuat-turun – Ujian Beta Diperluaskan Ke 9 Buah Negara

2 tahun lalu

PUBG Lite Untuk PC Sudah Boleh Dimuat-turun – Ujian Beta Diperluaskan Ke 9 Buah Negara

Klien bagi permainan PUBG Lite kini sudah boleh dimuat-turun untuk di pra-muat sebelum bermulanya ujian beta pada hari esok, 14 Februari . Para pemain yang berminat boleh memuat-turun permainan ini dan memasangnya di PC masing-masing untuk bersedia dengan lebih awal lagi menjelang bermulanya ujian beta pada pukul 4 petang, 14 Februari 2019.

Di dalam pengumuman di laman web rasmi mereka, ujian beta ini turut diperluaskan ke lebih banyak negara. Sebanyak 9 buah negara akan terlibat di dalam ujian beta ini iaitu Bangladesh, Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar dan termasuklah negara yang diumumkan sebelum ini iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Baca Juga :   Peta Bersalji Bagi Permainan PlayerUnknown's Battlegrounds Ditemui Pelombong Data

Berikut adalah spesifikasi minimum dan cadangan bagi memainkan permainan ini:

Minimum:

  • OS : Windows 7/8/10 64-bit
  • CPU : 2.4GHz Core i3
  • RAM : 4GB
  • GPU : Intel HD Graphics 4000
  • Storan HDD : 4GB

Cadangan:

  • OS : Windows 7/8/10 64-bit
  • CPU : Core i5 2.8GHz
  • RAM : 8GB
  • GPU : NVIDIA GeForce GTX 660 atau AMD Radeon HD 7870
  • Storan HDD : 4GB

Muat-turun : lite.pubg.com/en/download/

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments