Dota 2

Valve Menafikan Mereka Memperdayakan Komuniti Berkaitan Isu Pengantungan Kuku

2 tahun lalu

Valve Menafikan Mereka Memperdayakan Komuniti Berkaitan Isu Pengantungan Kuku

Semalam WESG mengesahkan bahawa kapten pasukan TNC Predator, Carlo “Kuku” Palad dilarang memasuki bandar Chongqing sekaligus tidak boleh menghadiri kejohanan WESG 2018 pada bulan Mac ini.

Kenyataan ini adalah bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Valve sebelum ini mneybabakan komuniti kini berasa sangsi dengan pendirian Valve. Daniel J, wakil Valve telah hadir di laman reddit memberikan kenyataa berkaitan isu ini dimana beliau menafikan bahawa Valve sengaja menyembunyikan sebarang maklumat dan tiada sebarang pengantungan disahkan pada ketika kenyataan mereka dikeluarkan dahulu.

Menurut Daniel J, perkara ini mungkin sudah berubah di Chongqing namun Valve tidak merasakan ia akan memberikan sebarang kesan atau masalah ekpada penganjuran kejohanan The International di Shanghai nanti.

Komuniti bagaimanpun masih lagi sangsi akan kebenaran perkara ini terutamanya pelagai sumber lain dilihat mempunyai lebih banyak maklumat berkaitan isu ini berbanding dengan Valve sendiri. Valve dilihat cuba sebaik mungkin untuk melepaskan tanggungjawab mereka dan lebih mementingkan kepentingan mereka di China.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments