Dota 2

Wakil WESG Memaklumkan Bahawa Kuku Sememangnya Dilarang Memasuki Bandar Chongqing

2 tahun lalu

Wakil WESG Memaklumkan Bahawa Kuku Sememangnya Dilarang Memasuki Bandar Chongqing

laman web Cybersport.ru hari ini melaporkan bahawa mereka telah mendapatkan kenyataan rasmi daripada wakil World Electronic Sports Games (WESG) mengesahkan bahawa Carlo “Kuku” Palad dilarang memasuki bandar Chongqing sekaligus tidak boleh menghadiri kejohanan WESG 2018 pada bulan Mac ini.

Wakil WESG berkata keputusan itu diambil mengikut keputusan yang ditentukan oleh Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Keselamatan Awam di bandar tersebut. Kenyataan ini mengesahkan bahawa khabar angin bahawa Kuku dilarang memasuki bandar Congqing sebelum ini adalah benar dan bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Valve.

Selepas bertanya kepada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Keselamatan Awam di Chongqing. Kami menyesal untuk memberitahu anda bahawa KUKU tidak dibenarkan memasuki Chongqing untuk acara WESG mengikut keputusan dari kerajaan temaptan.

– Wakil WESG, via Cybersport.ru

Pada awal bulan Disember 2018 lalu, Valve telah mengantung Kuku daripada menyertai kejohanan The Chongqing Major berikutan isu perkauman yang hangat diperkatakan sebelum itu. Dalam kenyataan yang sama juga, Valve menafikan bahawa kerajaan tempatan di Chongqing melarang Kuku daripada memasuki bandar tersebut.

Dengan perkembangan terbaru ini, ramai pihak kini mencurigai tindakan Valve yang dilihat cuba untuk melindungi kepentingan mereka di China seperti pelancaran Steam China dan permainan Artifact tempoh hari dengan menyembunyikan kebenaran sebenar berkaitan kes ini.

Pertama sekali, untuk penjelasan, Kuku tidak dilarang masuk (ke Chongqing) oleh kerajaan China.

– Valve, Sumber : Dota 2 Blog

Jika perkara ini benar, TNC nampaknya sekali lagi perlu mencari pemain gantian jika mereka mahu menghadiri kejohanan WESG 2018 yang bakal berlangsung di bandar Chongqing pada bulan Mac ini terutamanya selepas mereka gagal melayakkan diri kejohanan Starladder Minor dan Dreamleague Major.

Sumber : Cybersport.ru