Riot Games

Riot Games Sedang Membangunkan Beberapa Permainan AAA Baharu

2 tahun lalu

Riot Games Sedang Membangunkan Beberapa Permainan AAA Baharu

November 2018 lalu Riot Games telah memfailkan tanda dagang ‘Legends of Runeterra‘ menyebabkan ramai tertanya-tanya sama ada mereka sedang membangunkan permainan baharu.

Riot Games walaupun sudah wujud sekian lama, hanya mempunyai sebuah permainan mercu dibangunkan oleh mereka iaitu League of Legends. Dalam perkembangan terbaru, syarikat itu kini sah sedang membangunkan sekurang-kurangnya sebuah permainan AAA baharu. Pereka Naratif Senior syarikat itu, Katie Chironis telah memuat-naik iklan mencari pembangun baharu bagi mengisi beberapa jawatan.

Melalui iklan yang dipaparkan, Riot Games sedang mencari calon bagi beberapa posisi seperti Senior VFX Artist, Senior Lightning Artist, dan Lead Concept Artist. Iklan ini turut menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan beberapa buah permainan AAA mengesahkan bahawa terdapat lebih daripada 1 permainan sedang dibangunkan oleh jabatan Research and Development (R&D) mereka.

Iklan-iklan ini bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian mengenai tajuk mahupun genre permainan yang sedang dibangunkan mereka. Para peminat League of Legends juga sering kali meluahkan hasrat mereka mendapatkan judul permainan baharu yang dapat meluaskan lagi peribudaya permainan itu.

Sumber : VPEsports

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments