Dota 2

Mushi Dilihat Bermain Di China Bersama Dengan Pasukan Aster

2 tahun lalu

Mushi Dilihat Bermain Di China Bersama Dengan Pasukan Aster

Penghujung bulan Januari 2019 lalu memperlihatkan pemain veteran Mushi dan Dendi diumumkan menyertai pasukan Tigers bersama-sama. Walaupun dibarisi pemain yang tidak kurang hebat, pasukan itu gagal melepasi pusingan kelayakan bagi kejohanan DreamLeague Major.

Tidak lama selepas itu, pasukan itu dilihat bermain di pusingan kelayakan Starladder Minor namun kali ini tanpa kelibat Mushi yang digantikan oleh Velo. Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada para peminat sama ada Mushi masih lagi bermain di bawah pasukan itu.

Persoalan itu terjawab hari ini di pusingan kelayakan Starladder Minor untuk rantau China apabila Mushi dilihat bermain bersama dengan pasukan Aster. Mushi mengantikan pemain diposisi kedua pasukan iaitu Gao ‘loveyouloveme’ Yuan. Pasukan Aster seperti mana Tigers dibarisi pemain-pemain ternama seperti Sylar, Boboka dan Fenrir namun gagal mempamerkan prestasi cemerlang pada musim DPC kali ini.

Baca Juga :   Asus Rog Masters - Empire Juarai Dota 2, Gambit Kuasai CS:GO
Sumber : ronasona11

Mungkin dengan penambahan Mushi ini akan membantu pasukan tersebut mencari corak dan rentak permainan yang lebih baik berbanding dengan barisan pemain sebelum ini. Perpindahan Mushi ini juga memperlihatkan sekali lagi beliau meninggalkan rantau Asia Tenggara dan kembali ke negara China selepas kali terkahir bermain di sana pada tahun 2015 lalu.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments