Just A Malaysian League – Platform Mencari Bakat CSGO Tempatan Baharu Ditubuhkan
Virtual Genesis Esports dan MyEsports Events semalam telah mengumumkan penubuhan Just a Malaysian League (JAM), sebuah platform baharu bagi pemain CSGO tempatan di Malaysia untuk bermain secara kompetitif.
JAM juga ditubuhkan dengan hasrat mencari bakat tempatan dengan menyediakan platform untuk mereka membuktikannya. Pada ketika ini, JAM mempunyai tiga buah liga iaitu Open, Challenger dan Pro bagi mengasingkan taraf skill setiap pemain. JAM mengunakan platform FaceIt sebagai tulang belakang liga ini.
Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, anda boleh melayari laman web rasmi JAM di jomjam.myesports.cf untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pendaftaran.