Vainglory

Mod Permainan Kasual 3 Lawan 3 Dibuang Dari Permainan Vainglory Pada Kemaskini 4.0

2 tahun lalu

Mod Permainan Kasual 3 Lawan 3 Dibuang Dari Permainan Vainglory Pada Kemaskini 4.0

Kemaskini Vainglory 4.0 bakal tiba pada 13 Februari ini membawakan pelbagai menarik baharu seperti hero baharu ‘San Feng’, kemaskini antaramuka, kostum dan perubahan terhadap keseimbangan permainan.

Namun begitu, selain daripada penambahan-penambahan tersebut, Superevil Megacorp turut telah mengumumkan bahawa mereka telah mengambil keputusan unuk mengubah senarai mod permainan tetap di dalam permainan Vainglory. Mod permainan kasual 3 lawan 3 akan dibuang keluar selepas mereka mendapati pemain lebih berminat pada mod permainan 5 lawan 5.

Mod permainan beranking 3 lawan 3 bagaimanapun akan kekal di dalam permainan untuk dimainkan. Selain daripada itu, mod permainan Aral akan digantikan oleh mod permainan Rumble yang popular dikalangan pemain. Mod permainan Aral akan disertakan apda masa akan datang sebagai salah satu mod permainan bermusim.

Senarai mod permainan kekal Vainglory 4.0:

  • 5v5 Kasual
  • 5v5 Beranking
  • 3v3 Beranking
  • Rumble
  • Blitz
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments