CSGO

Lebih 1 Juta Akaun Digantung Pada Bulan Januari 2019 Oleh VAC Selepas CSGO Menjadi Percuma

2 tahun lalu

Lebih 1 Juta Akaun Digantung Pada Bulan Januari 2019 Oleh VAC Selepas CSGO Menjadi Percuma

Jika permainan berbayar seperti PUBG mampu dibanjiri oleh penggodam, apakah pula nasib permainan Counter Strike : Global Offensive yang telah dijadikan percuma oleh Valve tidak lama dahulu?

Menurut laman web SteamDB.info, selepas permainan popular itu bertukar menjadi percuma untuk dimainkan, jumlah pengantungan akaun oleh sistem anti-penipuan Valve (VAC – Valve Anti-Cheat) telah melonjak naik dengan mendadak sehingga melepasi angka 1 juta akaun bagi bulan Januari 2019.

Ini adalah peningkatan sekitar 10 kali ganda berbanding dengan bulan-bulan sebelum ia dijadikan percuma. Menurut SteamDB, kebanyakan akaun yang digantung ini adalah akaun-akaun yang baharu sahaja didaftarkan. Walaupun jumlah ini meliputi kesemua permainan yang menggunakan sistem VAC, pasti bukan kebetulan peningkatan jumlah ini berlaku selepas CSGO menjadi percuma.

Sumber : SteamDB.info

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments