Dota 2

Disneyland Paris Dilaporkan Bakal Menjadi Lokasi Penganjuran Salah Sebuah Kejohanan Major Dota 2

2 tahun lalu

Disneyland Paris Dilaporkan Bakal Menjadi Lokasi Penganjuran Salah Sebuah Kejohanan Major Dota 2

Selepas berakhirnya The Chongqing Major, rantau Eropah dilaporkan bakal menjadi tuan rumah kepada baki dua kejohanan bertaraf major untuk musim kompetitif DPC Dota 2 kali ini.

Di dalam laporan terkini oleh Esports Insider, salah sebuah lokasi di Eropah tersebut adalah kota Paris di Perancis atau lebih spesifik lagi ia bakal dianjurkan di taman tema Disneyland Paris. Esports Insider melaporkan bahawa sumber mereka mengesahkan pemilihan taman tema tersebut sebagai lokasi penganjuran dan ia bakal dikendalikan oleh Mars Media.

Maklumat ini pada asalnya diperoleh hasil iklan oleh sebuah agensi perunding pengiklanan yang memaparkan “Dota 2 Major Paris” pada salah satu pilihan di dalam iklan mereka. Walaubagaimanapun pada ketika ini tiada maklumat disertakan sama ada kejohanan major mana satu yang bakal dianjurkan di taman tema tersebut. Baki dua kejohanan major terakhir akan diadakan di dua tarikh berikut 2-12 Mei dan 20-30 Jun 2019.

Jika laporan ini adalah benar, kejohanan ini akan menjadi kejohanan bertaraf major pertama di anjurkan di Perancis. Baki sebuah lagi kejohanan major pula dikhabarkan akan dilaksanakan di bandar Moscow, Rusia.

Sama ada pemilihan kota paris ini dapat dilaksanakan dengan meriah masih lagi menjadi tanda tanya memandangkan permainan Dota 2 tidaklah begitu popular di negara tersebut. Satu-satunya pemain Perancis yang berjaya di persada dunia adalah Sébastien “7ckngMad” Debs yang berjaya merangkul Aegis of Champions bersama dengan pasukan OG pada tahun lalu. Namun begitu, industri permainan di Perancis tidaklah murah dan meriah menyebabkan ramai pihak merasakan bahawa jika kejohanan Dota 2 Major diadakan di Paris, ia masih akan berjalan dengan lancar dan meriah.

Sumber : Esports Insider

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments