Overwatch

Coca-Cola Tandatangani Perjanjian Berbilang Tahun Bersama Dengan Activision Blizzard Esports

2 tahun lalu

Coca-Cola Tandatangani Perjanjian Berbilang Tahun Bersama Dengan Activision Blizzard Esports

Syarikat minuman terkemuka Coca-Cola disahkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Activision Blizzard Esports sebagai minuman bukan-alkohol rasmi Liga Overwatch dan perihal esukan Overwatch lainnya.

Menurut sumber, perjanjian ini meliputi tempoh tiga tahun dan Coca-Cola bakal memperoleh keeksklusifan bersama kesemua 20 pasukan di Liga Overwatch, Liga Overwatch Contender, Piala Dunia Overwatch, Overwatch Open Division, BlizzCon dan acara esukan kolej Overwatch.

Baca Juga :   Aplikasi Rasmi Liga Overwatch Hadir Untuk Android Dan iOS

Menurut Ketua Pegawai Hasil Activision Blizzard Esports, Brandon Snow, jenama Coca-Cola Classic akan menjadi fokus utama perjanjian ini namun jenama lainnya turut boleh disertakan. Perincian mengenai penambahan Coca-Cola di dalam Liga Overwatch akan didedahkan kepada umum di minggu-minggu mendatang.

Sumber : Esports Observer

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments